Pagi tadi terkejutut betol, kenalan yang aku kenali dalam mangga ads ada antar sms. Bunyinya begini '' Sekian malam sy memikirkan tawaran dating dgn aw..Akhirnya sy bersetuju dengan syarat aw lanja sy tgk citer '' FASTER.'' . kalau setuju reply ok ''. Alamak !! pancing aku mengena dah ni, yahoo... Sepantas kilat aku bangun dan terus online untuk search kat google pasal filem ni..
Waaah...menarik gak ni, aku memang minat tol ngan '' the rock '', lakonan Dwayne Johnson memang best giler, real...dasyat tol awek nie..up to date dan sangat cocok dengan taste aku, bakal awek ni huhu. Rupanya si dia juga mempunyai minat yg sama dengan ku. Bukan main semangat lagi aku hari ni. Ni pun lom mandi lagi,Terus ku postkan entry baru nak share ngan korang pembaca sekalian, barang baik patut dikongsi kan kan ?? betapa ruginya kalau korang tak pegi tengok nanti. Tiket tayangan sulung akan di jual pada 13 jan 2011. So, kena tempah online ni takut kehabisan tiket nnt. Kalau korang sanggup beratur panjang pun takde masalah beb. Janji kita sama-sama dapat tonton citer ni.
Korang bley baca sinopsis khas ni, tak lah terpingga-pingga nanti.
Selepas 10 tahun dalam penjara, Driver mempunyai satu matlamat utama sahaja - membalas dendam untuk kematian saudaranya dalam rompakan bank yang tidak sempurna lalu menyebabkan dia dipenjara. Kini bebas, dia memulakan misinya - dikejari oleh seorang veteran polis yang akan bersara dan seorang lagi pembunuh upahan. Bermulalah cerita misteri ini dengan penemuan butiran-butiran baru yang berkait rapat dengan pembunuhan saudaranya, menyebabkan matlamat akhirnya mungkin tidak lengkap......
Haha sengaja aku tak tulis abis, nak bagi suspen sket..kalau cerita abis baik tak payah tengok (mcm la aku dah tengok..) jom kita ke TGV KLCC. Jumpa kat sana tau..aku pun nk tayang baru awek baru aku gak.Tapi korang jangan tengok awek aku,tengok FASTER ok..wacau !!
Rabu, 29 Disember 2010
Selasa, 28 Disember 2010
GAYA HIDUP MENGUBAH PENDIRIAN
Haluu..anda juga sudah berubah? Atau anda yang bakal merubah keadaan. Siang kije kat opis, balik kerja sambung bawak teksi plak. 3/4 hidup di habiskan untuk mengejar wang. Bukan kekayaan atau dah memang rajin? Dari hari berganti bulan terus genap setahun tetapi hidup duk tang tu juga..camana nak jadi kaya ni?
Jom kita baca lagi...
Jom kita baca lagi...
Posted by
sweetheart
Isnin, 27 Disember 2010
MAKIN RAMAI YANG NYANYUK
Kajian pakar menunjukkan ramai penduduk negara yang menghidap penyakit nyanyuk. Banyak faktor tetapi amalan yang baik boleh mencegahnya..seterusnya
Posted by
sweetheart
Sabtu, 25 Disember 2010
marvellous tips: REMOVE NAVIGATION BAR
marvellous tips: REMOVE NAVIGATION BAR: "Navbar (Navigation Bar) is fasility of blogger.com. But many blogger want to hide this navbar because it will make their blog layout look ..."
Posted by
sweetheart
marvellous tips: BILA ISTERI MENGAMUK
marvellous tips: BILA ISTERI MENGAMUK: "Kekadang isteri mengamuk Dengan ombak prasangka dan lautan cemburuApa bukti setiamu suami?Atau apakah kau sedang berkira-kiraHendak 'mendu',..."
Posted by
sweetheart
marvellous tips: AIR MATA IBU?
marvellous tips: AIR MATA IBU?: "Mengapa ibu menangis? Seorang anak tidak mengerti mengapa ibunya menangis. Baginya air mata seorang ibu boleh ditafsirkan bermacam-macam. Ib..."
Posted by
sweetheart
marvellous tips: SELAMATKAN BLOG ANDA
marvellous tips: SELAMATKAN BLOG ANDA: "Sebenarnya MT takde idea nak tulis nie..Baru je lepas memerah otak untuk selamatkan blog lama yang nazak kerana banyak kali tukar template d..."
Posted by
sweetheart
marvellous tips: KENALI DEMAM CAMPAK
marvellous tips: KENALI DEMAM CAMPAK: "Hai besua kembali tapi kali MT nak utarakan masalah berkaitan campak.Pasti ramai tertanya-tanya kenapa entry ni di pilih.Bukan apa...demam n..."
Posted by
sweetheart
Rabu, 22 Disember 2010
CARA NAK REPAIR LAMPU
Ehem..kali ni abe nak kongsikan sedikit ilmu didada untuk kenkawan sekalian.Dah baca tajuk nie mesti ada problem gak kat umah kan..Bil TNB dah bayar tetapi petik suis tak nak nyala plak.Tak nyala trus takpe nie berkelik memang menyakitkan mata..Ok pendekkan cerita kerana mesti kenkawan dah tak tahan hidup tanpa cahaya kan..jom kita try troubleshoot bersama.......
Posted by
imaeazma
TIGA TETAMU MISTERI
Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berhampiran. Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengahari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan pintu rumahnya.
Setelah menjawab salam, dia berkata, "Saya tidak dapat menjemput tuan-tuan masuk ke dalam rumah, kerana suami saya tiada. Sudikah tuan-tuan duduk di halaman sementara menunggu suami saya pulang?"
Salah seorang daripada mereka berkata, "Tidak mengapa, biar kami menunggu di luar sahaja."
Sejurus si suami pulang, mereka bersalaman dan para tetamu itu memperkenalkan diri.
"Saya kekayaan," kata lelaki pertama.
Posted by
sweetheart
Selasa, 21 Disember 2010
MENCARI TEMPLATE YANG RINGAN
Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku mencari template yang sesuai untuk blog sendiri.Bukan apa,selalu je aku terbaca para ulama blog berkata template juga faktor utama peningkatan trafik.Aku bukan kisah sangat pun pasal trafik ni yang penting bg aku, ada medium untuk meluahkan perasaan aku sendiri.Lantak lah ada orang minat baca ke tak.tetapi kepada yang senyap2 menbaca blog aku nie amat sangat aku hargai.Nanti aku kan ziarah ke blog korang plak insyaallah.Nie entah ke berapa puluh kali aku test template.Yang sebelum nie agak berat.Hehe aku mulai percaya template berat memang susah orang nak baca sebab.......
Posted by
imaeazma
Ahad, 19 Disember 2010
BERJIMAT SEBELUM POKAI
Kita baru saja menyambut tahun baru hijrah..dan tak lama lagi tahun baru omputeh ( terkenang istilah arwah nenek gunakan ) yaitu kalender masehi.Entah apa akan timbul plak tahun depan..yang akan menjadi ikutan.Kita tunggu dan lihat je nanti.Apa yang merisau sekarang ini camane kita nak teruskan hidup.Yang pengantin baru tahun ni tahun depan insyaallah akan dapat baby.Pekerja plak mengeluh bonus tak kunjung tiba kalu ada increment pun rm50 je.Persaingan makin hebat.Indon pun bertambah2.Selain beribu graduan universiti bakal lahir tak termasuk pusat kemahiran segera akan membajiri pasaran kerja.Maka peluang makin tipis.Kepada adik2 yang baru bertatih nak mulakan hidup berdikari pasti akan berdepan masalah kewangan..Orang dewasa pun tak terkecuali ok!!
Posted by
imaeazma
Rabu, 15 Disember 2010
SUARA HATI ISTERIMU BILA MENOPAUS
Sekali bah,sekali pasir berubah.Begitu juga dengan seorang isteri.Seiring dengan penambahan usia,perubahan pasti berlaku dari segi fizikal mahupun emosi..Ops!! suami juga tidak terkecuali.Tapi kita fokuskan pada kaum ibu ye..Menopaus memang suatu peringkat yang paling ditakuti setiap isteri. Nak tak nak hal sebegini pasti berlaku.Seorang suami mesti pandai membaca perubahan isterinya agar lebih bersedia..
Posted by
imaeazma
Sabtu, 11 Disember 2010
TIADA INSAN YANG SEMPURNA
Setiap insan adalah makhluk ciptaan Tuhan Yg Maha Kuasa, Maha Esa dan Maha Sempurna..sememangnya ciptaan Allah pasti punya banyak kelemahan dan kekurangan, namun itu bukan alasan untuk kita terus maju..begitu juga untuk meneruskan hidup ini
kisah ini dicerita semula sebagai teladan..adakah kita tahu sejauh mana tahap kesihatan kita? walaupun kita tahu, adakah kita boleh terus membina bahagia bersama zuriat kita..kisah teladan ini terlakon
Posted by
sweetheart
Rabu, 8 Disember 2010
CARI PASAL DENGAN MERTUA
Kerap kali kita dengar permasalahan suami isteri dengan mertua.Walaupun sekarang ini amalan tinggal serumah dengan mertua sudah menjadi amalan biasa dikalangan kita.Lebih2 lagi bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga.Faktor penjimatan belanja paling banyak yang berlaku.Tak kurang juga mertua sendiri yang mempelawa tinggal bersama.Ini menyebabkan pasangan terpaksa mengadap mertua masing2 setiap hari.Maka lama kelamaan timbul konflik yang bakal membarah jika tidak ditangani dengan betul.
Posted by
imaeazma
Selasa, 7 Disember 2010
TERLANJUR ATAU BERZINA ?
“Apa pandangan awak tentang para remaja kita yg terlanjur?”
“Apa maksud terlanjur?” saya menyoalnya kembali.
“Terlanjur melakukan hubungan seks yg haram,” balasnya terus terang.
“Bagi saya istilah terlanjur itu tidak tepat.”
“Apa istilah lebih tepat?”
“Berzina!” jawab saya pendek.
Posted by
sweetheart
Isnin, 6 Disember 2010
SAMBUTAN NEW YEAR MEMBAWA PADAH
Salam maal hijrah...ungkapan yang jarang kita dengar berbanding "happy new year".Selaku umat islam,kita seharusnya berbangga kerana kalendar hijrah islam juga ada tahun baru.Oh ya,kalau ada yang terleka tahun nie dah 1432H..Sambutan telah diatur,namun tak lah sehebat sambutan kalendar masehi yang berunsurkan hiburan.
Selamat panjang umur kerana kita dapat lagi bernafas di tahun baru ini..
Selamat panjang umur kerana kita dapat lagi bernafas di tahun baru ini..
Posted by
imaeazma
Khamis, 2 Disember 2010
JANGAN BURUK SANGKA
Penyakit nie memang selalu berlaku dalam kehidupan kita kan?? lain kita cakap lain plak orang yang paham.lain yang kita buat lain plak orang tafsirkan.akibatnya bley wat org masam muka dengan kita..mula la perang dingin berlaku..mcm perang betol gk..perang dingin pun ada tembak menembak cuma xpkai mechine gun mcm amerika guna nak tembak rakyat iraq tu tapi kata mengata kot belakang..sakit ati tol kalau
hal sebegini berlaku.kalau takde org tengah yang cuba menjernih kan keadaan mau bertahun kita xbertegur sapa.
hal sebegini berlaku.kalau takde org tengah yang cuba menjernih kan keadaan mau bertahun kita xbertegur sapa.
Posted by
imaeazma
Langgan:
Catatan (Atom)