Kita baru saja menyambut tahun baru hijrah..dan tak lama lagi tahun baru omputeh ( terkenang istilah arwah nenek gunakan ) yaitu kalender masehi.Entah apa akan timbul plak tahun depan..yang akan menjadi ikutan.Kita tunggu dan lihat je nanti.Apa yang merisau sekarang ini camane kita nak teruskan hidup.Yang pengantin baru tahun ni tahun depan insyaallah akan dapat baby.Pekerja plak mengeluh bonus tak kunjung tiba kalu ada increment pun rm50 je.Persaingan makin hebat.Indon pun bertambah2.Selain beribu graduan universiti bakal lahir tak termasuk pusat kemahiran segera akan membajiri pasaran kerja.Maka peluang makin tipis.Kepada adik2 yang baru bertatih nak mulakan hidup berdikari pasti akan berdepan masalah kewangan..Orang dewasa pun tak terkecuali ok!!
Kerajaan juga baru je umumkan kenaikan harga bahan api dan gula..2 barangan yang memang kita perlukan.Tak perlu ulasan isu kenaikan ini kerana memang dah naik dan ntah bila kan turun(mimpi la..)Kesian juga kepada kita2 untuk meneruskan hidup.Dengan batasan gaji khasnya yang baru bekerja memang merisaukan kepala hotak kan?
Nak tak nak kita kena berjimat.Bukan takde cara lain seperti join MLM,kerja partime kat restoren segera atau meragut ( awas !! ini kerja haram dan anda pasti dipukul jika kantoi ).Memang banyak kerja2 halal yang kita boleh buat untuk menjana duit poket tambahan tetapi larat ke? Banyak ke masa yang kita nak korbankan? Tepuk dada tanya selera tetapi jangan lupa tanya iman kat dada masing2.
Cara yang paling dekat dengan kita tetapi payah juga nak buat adalah dengan BERJIMAT.Kenapa dikatakan payah?hehe memang payah nak korbankan gaya hidup dulu semata2 nak berjimat.Boleh tak kita naik motor gi kije dengan meninggalkan kereta kita dirumah?Naik moto selain menjimatkan dan tiada halangan traffic jammed juga ada risiko.Kemalangan umpamanya,hari2 makan debu dan hidu asap orang berkereta yang sebelum ni kita selesa dengan lagu sambil drive dalam aircond.Payah tak..?? Tak payah nak malu la dengan awek kerana kita naik motor..Awek sekarang sekarang dah cerdik..Muka balak hensem tapi pokai diorang pun taknak kah kah kah.Bab makan plak jangan la makan megi semata2 nak berjimat..kita boleh masak sendiri atau kurangkan makan sup ekor( harga terkini mencecah RM7 ).Ertinya menu yang kita order tu biarlah berpada2..Dan kepada perokok,berazamlah untuk berhenti kerana sudah banyak wang yang telah anda bakar..Payah tuu...kalu tak berenti pun kurang2kan lah kuantitinya..Beli je rokok yang murah pun ok gak kalu yang dah tegar!!!
Kita boleh berinsiatif sendiri untuk menjimatkan perbelanjaan kita kalau pendapatan kita statik.Kat sini sekadar nak buka jalan minda kita2 sekalian.Penjimatan bil prepaid,penggunaan utiliti dirumah dan belanja untuk hiburan,semuanya boleh dijimat tetapi mustahil untuk dimansuhkan.Renung2kan lah ye...Semoga kita semua terselamat dari bencana ekonomi alaf ini ok...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan