Sabtu, 5 Mac 2011

Saya ingin Menonton Filem World Invasion: Battle Los Angeles!


   Untuk beberapa tahun, terdapat dokumentasi kes-kes penemuan UFO di serata dunia – Buenos Aires, Seoul, France, Germany, China. Akan tetapi pada 2011, apa yang hanya merupakan penemuan sahaja untuk seketika waktu dahulu, kini menjadi realiti yang menakutkan apabila Bumi diserang oleh kuasa-kuasa yang tidak dikenali. 


   Semasa penduduk dari serata dunia melihat kejatuhan bandar-bandar terhebat di dunia, Los Angeles menjadi tempat tumpuan terakhir untuk pertempuran yang tidak diduga. Kemenangan bergantung kepada staf sarjan Marine (Aaron Eckhart) dan platun barunya untuk bertempur dengan musuh yang tidak seperti mana-mana yang pernah ditemui sebelum ini. Mampukah pasukan ini mematahkan serangan untuk menyelamatkan dunia. 


  Kita bakal ikuti filem berteknologi tinggi nanti. Penuh dengan aksi dan grafic visual terhebat. Bunyi realistik yang menggegarkan pendengaran. JOM SAKSIKAN di pawagam berhampiran.






Genre: Aksi
Pengarah Filem: Jonathan Liebesman
Pelakon: Aaron Eckhart,
Michelle Rodriguez, Ramon Rodriguez,
Bridget Moynahan, Ne-Yo, Michael Pena



Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam terdekat pada 17 Mac 2011. Butiran lanjut mengenai filem ini boleh didapati dari sini: klik

Selasa, 25 Januari 2011

SIAPA MUSTAFA KAMAL ATTATURK



Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK??
Benar.. Masakan kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama. Tanggal 3 Mac 1924merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam.



Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini. Moga Allah melaknat beliau.

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).



Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.


Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

Na'udzubillahi min zaalik....


Wallahu'alam

Selasa, 18 Januari 2011

SESUATU UNTUK MU



Mesej khas buat staf KKBR...


Tatkala diberitahu saya akan ditukar bertugas di tempat lain, tipulah kalau saya sendiri tidak terkejut. Seolah-olah sekelip mata, hari ni baru sahaja dapat berita, esoknya terpaksa mengundur diri ke tempat baru tetapi tidaklah asing. Masakan tidak, bila sudah merasa diri sudah sebati dengan cara kerja bersama staf dan cara penerimaan toleransi klien di kawasan sana, rasanya banyak lagi perkara yg perlu saya perbaiki, hayati, fahami, awasi serta pelajari.


Staf yg diingati,
Jutaan kemaafan saya pohonkan kerana tetiba hilang bayang dari KKBR. Bukan sengaja berbuat demikian, bukan juga berniat melenyapkan ingatan. Bagaikan tiada hari terakhir di KKBR, demi tugas segalanya dilaksanakan sehingga selesai. Masihkah anda ingat, kes polis tertembak oleh rakan sepasukan sendiri sewaktu bersiap memakai kasut? Juga ibu muda yg baru disahkan hamil kembar terpaksa dimasukkan ke wad akibat positif h1n1? Yang paling tidak dapat dilupakan, pastinya masakan terakhir air tangan staf yg disayangi...dapat juga saya merasa mee singapore!! 


Tidak disangka akan ada jamuan ringkas sempena pertukaran dalaman ini. Aduhai sangat terharu saya rasanya. Sepanjang dua tahun saya berada di KKBR, mungkin hanya saya MO yg tidak menetap di kuarters dan tidak pernah uruskan mesyuarat bersama panel penasihat. Maaf ye..Selepas menikmati jamuan, saya bersama ketua unit dan seorang lagi rakan seperjuangan terpaksa bergegas ke hospital kerana perlu menghadiri mesyuarat sedikit tergempar berkenaan klien yg belum dapat dipastikan kesahihan diagnosis dan cara pengendalian kes oleh pihak berwajib.


Staf yg dirahmati Allah,
Jutaan terima kasih jua saya titipkan buat FMS, another MO dan semua staf kerana sama-sama berganding bahu dan saling bekerjasama dalam melancarkan lagi perjalanan sistem di fasiliti kita demi memastikan klien mendapat perkhidmatan seoptima mungkin. Mohon dimaafkan dan dihalalkan apa jua tindak-tanduk saya selama bertugas bersama-sama anda sekelian. Begitu pantas masa berlalu, sama ada sedar ataupun tidak kita perlu berubah untuk menjadi lebih baik dan kiranya diizinkanNya kita diberi kesempatan untuk menjadi yg terbaik.


Staf yg dikasihi,
Perbidalan Melayu ada mengatakan "masa itu emas" atau "masa itu usia kita". Sayangnya bukan semua orang dapat melihat masa itu sebagai ketulan emas berharga. Lebih susah lagi untuk melihat membazir masa itu sebenarnya membazirkan usia. Pepatah Arab pula mengatakan, "Masa itu ibarat pedang. Jika kamu tidak menggunakannya, ia akan memenggal kepalamu." Begitu dahsyatnya kesan orang yg membazir masa.
Allah s.w.t bersumpah dengan masa dalam al-Quran menerusi Surah Al-Asr: "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yg beriman dan beramal soleh, serta yg menasihati dengan kesabaran dan berwasiat dengan kesabaran."

Sabtu, 15 Januari 2011

MANUSIA KAHWINI HAIWAN



Macam nie punya orang pun ada. Dah takde yang nak dikahwini ke zaman sekarang ni. Tengah belum reda kes kahwin sesama jantina, timbul plak kes begini. Mujur betul tak berlaku kat malaysia. Memang nak kiamat la dunia sekarang. Terlalu sayangkan binatang sampai nak kahwin. Siap gi register plak tu. 


Ni lelaki mana ntah yang kemaruk. Seorang pemuda berasal dari Toowoomba, Queensland Australia ingin mengabadikan hubungan dengan sahabatnya dalam sebuah ikatan perkahwinan. Namun, sahabatnya itu bukanlah seorang wanita, melainkan anjing labrador berumur lima tahun, bernama Honey.




Jangan terkejut ye. Sebenarnya perkara ni ada di tempat kita cuma taklah sampai menikah. Just main je. Perilaku begini telah berlaku sejak zaman kuno. Betulkan, kita penah terdengar di dada akhbar. Siap kena tangkap tu...malu tu belakang kira tetapi dosa memang tak tertanggung. Ada yang main dengan kambing, lembu pun ada. Kalau dengan anjing tu maybe yang kaum halal menyentuh je buat tapi tak dilaporkan.



Di Negara kita, hukuman yang boleh di sabitkan adalah di bawah jenayah seks di luar tabii. Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377 Kanun keseksaan ini, iaitu persetubuhan luar tabii dengan haiwan, hukumannya ialah penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.Ni hukuman dunia.
Bawa bertaubat la penggemar seks sebegini...ada balasan menunggumu kelak!

Selasa, 11 Januari 2011

FACEBOOK BAKAL DI TUTUP ?

Alahai..betul ke laman sosial paling terkenal didunia ni bakal ditutup? Bagaimana la agaknya keputusan ini boleh dibuat setelah berbillion dolar US telah berjaya di kaut. Macam tak percaya je tetapi itu la pengumuman terbaru pengasas FB, Mark Zukerberg. Berikut petikan beliau:
“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.” 
Adoi..sejak bila plak dia leh berfikir begitu disaat namanya telah meletup dan sedang di filem kan. Bagus gak sebenarnya. Apa guna pada nama mahupun wang ringgit kalau kepala jadi serabut. Terlalu banyak saham-saham dosa peminat FB telah lakukan tanpa disedari. Memang aku sendiri juga memiliki akaun FB ni hehe tetapi tak lah sampai main poker atau tilik nasib. Malah ramai puak2 kita yang mendedahkan aurat dalam photo yg di share. Uish...dosa kering tu.
Walaupun begitu, ada juga kebaikan yg hanya segelintir saja dapat manfaat dari laman ini. Ada rakan kita mengunakannya untuk mempromosikan produk secara online, juga transit post untuk blogger. Apa2 pun kita tunggu dan lihat betul kah agenda zionis ini benar2 ditutup 15 mac 2011 nanti

Rabu, 29 Disember 2010

SAYA INGIN MENONTON FILEM ''FASTER'' !!

Pagi tadi terkejutut betol, kenalan yang aku kenali dalam mangga ads ada antar sms. Bunyinya begini '' Sekian malam sy memikirkan tawaran dating dgn aw..Akhirnya sy bersetuju dengan syarat aw lanja sy tgk citer '' FASTER.'' . kalau setuju reply ok ''. Alamak !! pancing aku mengena dah ni, yahoo... Sepantas kilat aku bangun dan terus online untuk search kat google pasal filem ni..
   Waaah...menarik gak ni, aku memang minat tol ngan '' the rock '', lakonan Dwayne Johnson memang best giler, real...dasyat tol awek nie..up to date dan sangat cocok dengan taste aku, bakal awek ni huhu. Rupanya si dia juga mempunyai minat yg sama dengan ku. Bukan main semangat lagi aku hari ni. Ni pun lom mandi lagi,Terus ku postkan entry baru nak share ngan korang pembaca sekalian, barang baik patut dikongsi kan kan ?? betapa ruginya kalau korang tak pegi tengok nanti. Tiket tayangan sulung akan di jual pada 13 jan 2011. So, kena tempah online ni takut kehabisan tiket nnt. Kalau korang sanggup beratur panjang pun takde masalah beb. Janji kita sama-sama dapat tonton citer ni. 
   Korang bley baca sinopsis khas ni, tak lah terpingga-pingga nanti. 


Selepas 10 tahun dalam penjara, Driver mempunyai satu matlamat utama sahaja - membalas dendam untuk kematian saudaranya dalam rompakan bank yang tidak sempurna lalu menyebabkan dia dipenjara. Kini bebas, dia memulakan misinya - dikejari oleh seorang veteran polis yang akan bersara dan seorang lagi pembunuh upahan. Bermulalah cerita misteri ini dengan penemuan butiran-butiran baru yang berkait rapat dengan pembunuhan saudaranya, menyebabkan matlamat akhirnya mungkin tidak lengkap......


   Haha sengaja aku tak tulis abis, nak bagi suspen sket..kalau cerita abis baik tak payah tengok (mcm la aku dah tengok..)  jom kita ke TGV KLCC. Jumpa kat sana tau..aku pun nk tayang baru awek baru aku gak.Tapi korang jangan tengok awek aku,tengok FASTER ok..wacau !!

Follow me !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...