Selasa, 18 Januari 2011
SESUATU UNTUK MU
Mesej khas buat staf KKBR...
Tatkala diberitahu saya akan ditukar bertugas di tempat lain, tipulah kalau saya sendiri tidak terkejut. Seolah-olah sekelip mata, hari ni baru sahaja dapat berita, esoknya terpaksa mengundur diri ke tempat baru tetapi tidaklah asing. Masakan tidak, bila sudah merasa diri sudah sebati dengan cara kerja bersama staf dan cara penerimaan toleransi klien di kawasan sana, rasanya banyak lagi perkara yg perlu saya perbaiki, hayati, fahami, awasi serta pelajari.
Staf yg diingati,
Jutaan kemaafan saya pohonkan kerana tetiba hilang bayang dari KKBR. Bukan sengaja berbuat demikian, bukan juga berniat melenyapkan ingatan. Bagaikan tiada hari terakhir di KKBR, demi tugas segalanya dilaksanakan sehingga selesai. Masihkah anda ingat, kes polis tertembak oleh rakan sepasukan sendiri sewaktu bersiap memakai kasut? Juga ibu muda yg baru disahkan hamil kembar terpaksa dimasukkan ke wad akibat positif h1n1? Yang paling tidak dapat dilupakan, pastinya masakan terakhir air tangan staf yg disayangi...dapat juga saya merasa mee singapore!!
Tidak disangka akan ada jamuan ringkas sempena pertukaran dalaman ini. Aduhai sangat terharu saya rasanya. Sepanjang dua tahun saya berada di KKBR, mungkin hanya saya MO yg tidak menetap di kuarters dan tidak pernah uruskan mesyuarat bersama panel penasihat. Maaf ye..Selepas menikmati jamuan, saya bersama ketua unit dan seorang lagi rakan seperjuangan terpaksa bergegas ke hospital kerana perlu menghadiri mesyuarat sedikit tergempar berkenaan klien yg belum dapat dipastikan kesahihan diagnosis dan cara pengendalian kes oleh pihak berwajib.
Staf yg dirahmati Allah,
Jutaan terima kasih jua saya titipkan buat FMS, another MO dan semua staf kerana sama-sama berganding bahu dan saling bekerjasama dalam melancarkan lagi perjalanan sistem di fasiliti kita demi memastikan klien mendapat perkhidmatan seoptima mungkin. Mohon dimaafkan dan dihalalkan apa jua tindak-tanduk saya selama bertugas bersama-sama anda sekelian. Begitu pantas masa berlalu, sama ada sedar ataupun tidak kita perlu berubah untuk menjadi lebih baik dan kiranya diizinkanNya kita diberi kesempatan untuk menjadi yg terbaik.
Staf yg dikasihi,
Perbidalan Melayu ada mengatakan "masa itu emas" atau "masa itu usia kita". Sayangnya bukan semua orang dapat melihat masa itu sebagai ketulan emas berharga. Lebih susah lagi untuk melihat membazir masa itu sebenarnya membazirkan usia. Pepatah Arab pula mengatakan, "Masa itu ibarat pedang. Jika kamu tidak menggunakannya, ia akan memenggal kepalamu." Begitu dahsyatnya kesan orang yg membazir masa.
Allah s.w.t bersumpah dengan masa dalam al-Quran menerusi Surah Al-Asr: "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yg beriman dan beramal soleh, serta yg menasihati dengan kesabaran dan berwasiat dengan kesabaran."
Posted by
sweetheart
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan