Rabu, 29 Disember 2010

SAYA INGIN MENONTON FILEM ''FASTER'' !!

Pagi tadi terkejutut betol, kenalan yang aku kenali dalam mangga ads ada antar sms. Bunyinya begini '' Sekian malam sy memikirkan tawaran dating dgn aw..Akhirnya sy bersetuju dengan syarat aw lanja sy tgk citer '' FASTER.'' . kalau setuju reply ok ''. Alamak !! pancing aku mengena dah ni, yahoo... Sepantas kilat aku bangun dan terus online untuk search kat google pasal filem ni..
   Waaah...menarik gak ni, aku memang minat tol ngan '' the rock '', lakonan Dwayne Johnson memang best giler, real...dasyat tol awek nie..up to date dan sangat cocok dengan taste aku, bakal awek ni huhu. Rupanya si dia juga mempunyai minat yg sama dengan ku. Bukan main semangat lagi aku hari ni. Ni pun lom mandi lagi,Terus ku postkan entry baru nak share ngan korang pembaca sekalian, barang baik patut dikongsi kan kan ?? betapa ruginya kalau korang tak pegi tengok nanti. Tiket tayangan sulung akan di jual pada 13 jan 2011. So, kena tempah online ni takut kehabisan tiket nnt. Kalau korang sanggup beratur panjang pun takde masalah beb. Janji kita sama-sama dapat tonton citer ni. 
   Korang bley baca sinopsis khas ni, tak lah terpingga-pingga nanti. 


Selepas 10 tahun dalam penjara, Driver mempunyai satu matlamat utama sahaja - membalas dendam untuk kematian saudaranya dalam rompakan bank yang tidak sempurna lalu menyebabkan dia dipenjara. Kini bebas, dia memulakan misinya - dikejari oleh seorang veteran polis yang akan bersara dan seorang lagi pembunuh upahan. Bermulalah cerita misteri ini dengan penemuan butiran-butiran baru yang berkait rapat dengan pembunuhan saudaranya, menyebabkan matlamat akhirnya mungkin tidak lengkap......


   Haha sengaja aku tak tulis abis, nak bagi suspen sket..kalau cerita abis baik tak payah tengok (mcm la aku dah tengok..)  jom kita ke TGV KLCC. Jumpa kat sana tau..aku pun nk tayang baru awek baru aku gak.Tapi korang jangan tengok awek aku,tengok FASTER ok..wacau !!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mangga ads??!

Follow me !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...