Rabu, 15 Disember 2010

SUARA HATI ISTERIMU BILA MENOPAUS

Sekali bah,sekali pasir berubah.Begitu juga dengan seorang isteri.Seiring dengan penambahan usia,perubahan pasti berlaku dari segi fizikal mahupun emosi..Ops!! suami juga tidak terkecuali.Tapi kita fokuskan pada kaum ibu ye..Menopaus memang suatu peringkat yang paling ditakuti setiap isteri. Nak tak nak hal sebegini pasti berlaku.Seorang suami mesti pandai membaca perubahan isterinya agar lebih bersedia..
Menopaus merupakan perubahan semulajadi.Ini bermakna isteri tidak lagi berupaya melahirkan zuriat dalam erti kata kilang telah ditutup.Kita bukan membicarakan bab menopaus tetapi nak berkongsi suamisteri di saat menopaus ini berlaku.Bagaimana perasaan isteri kita disenja itu??Bagaimanakah kita akan menangani bersama2.Dikupas sedikit bilamana peringkat ini berlaku.Purata umur berlaku sekitatar 45 hingga 50 tahun.Terkejut?? Ya seawal 40 tahun pun boleh berlaku.Jadi usah khuatir kerana pasti berlaku mengikut qada' dan qadar Yang Maha Esa.Gejala ini melibatkan perubahan ketara seperti keletihan dan emosi paling teruk berubah.Maka suami juga harus bersedia membantu isteri pada masa ini.Disebabkan perubahan ini,suami seharusnya menjadi orang paling kuat untuk memahami perasaan seorang isteri.Berilah dorongan dan nasihat agar semangat isteri tidak mudah patah.Jangan mintak sign nak poligami pulak ye.Elakkan mentertawakan isteri kita sekalipun niat bergurau! Cuba tanamkan keyakinan pada isteri kita bahawa setiap wanita akan mengalaminya.Jadikan perubahan ini sebagai titik untuk membawa rumahtangga ke tahap kemesraan kedua kita.Haa..boleh romantik lagi pe.Malah disaat ini jugalah masa terbaik kita bersama isteri kerana anak2 sudah dewasa kan?Temanilah isteri kita ke pusat2 rawatan mahupun kaunseling agar dia tau bahawa dia tidak keseorangan menghadapinya.Dengan ini isteri akan lebih faham.Ikuti lah nasihat2 doktor dalam pengambilan ubat2 terutama pil hormon agar tiada pula kesan buruk berlaku nanti. Perlu diingatkan,konflik dalaman isteri menopaus hanya dia saja yang tau.Sebagai seorang suami,Tunjukkanlah sifat simpati terhadapnya.Ringan2kan tulang anda dalam membantunya.Berbincanglah dari hati ke hati setiap masalah isteri kerana disaat sebegini,dia amat memerlukan suami membantunya lebih dari masa muda lalu.Luahkan kata2 manis disaat mula2 bercinta dulu agar isteri lebih yakin bahawa suaminya juga sudah bersedia menopus bersama.Rewind balik kenangan lalu agar menyedarkan kita bahawa kita dulu pernah muda belia dan sekarang giliran kita pula.Jangan kecewa okey!! 

Tiada ulasan:

Follow me !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...