Rabu, 22 Disember 2010

CARA NAK REPAIR LAMPU

Ehem..kali ni abe nak kongsikan sedikit ilmu didada untuk kenkawan sekalian.Dah baca tajuk nie mesti ada problem gak kat umah kan..Bil TNB dah bayar tetapi petik suis tak nak nyala plak.Tak nyala trus takpe nie berkelik memang menyakitkan mata..Ok pendekkan cerita kerana mesti kenkawan dah tak tahan hidup tanpa cahaya kan..jom kita try troubleshoot bersama.......


  • Mula2 sekali periksa bil api dan bayar blum?? hehe gurau je,mesti la dah bayarkan tapi kenapa tak idup plak lampu ni sedangkan on TV leh lak tengok.Ini bermakna lampu kenkawan yang bermasalah.Ops sebelum tu entry nie bukan untuk bab lampu pijar ( yang bulat or energy saving bulb ) dan tertakluk kepada lampu kalimantang / fluorescent je.Try tengok tube(bulb) dia ada kesan terbakar kaler hitam tak ?? Kat hujung tuu...kalu ada memang kena beli la tiub baru ( tiub ada warmwhite/daylight).Da tukar tapi tak jadi gak...kenapa ek ??

  • suspek seterusnya ialah starter.Cuba keluarkan starter,kalu lampu nyala memang starter la yang perlu diganti.Dan kalu malas nak pegi beli segera kenkawan masih lagi bley meneruskan aktiviti malam tanpa starter dengan syarat jgn di off kan suis.Jika ter off sebab nak berjimat kenkawan terpaksa la masukkan starter rosak td buat semula.Pasang then bukak sehingga la menyala.Nak pi pinjam starter kat umah sebelah pun bley gak huhu...besok nya jangan lupa beli starter tau..Ada 2 jenis yaitu S2 ( lampu pendek 18W & sambungan lampu litar jejari ) dan S10 ( untuk lampu panjang 36W )
  • Uish tak menjadi gak ke?? maybe choke ( ballast ) dia yang kong!! Kenkawan kena guna testpen la nak check menda ni..perhatikan choke kenkawan,ada 2 terminalkan yang ada connector 2 la..yang cucuk wayar kat situ..Jumpakan?? sekarang on kan suis dan test la pakai testpen kat kedua2 terminal tu.Choke yang elok akan mendapat signal ( nyala ) kat testpen kenkawan.Begitu juga kalu kenkawan ada multimeter dan ujian keterusan dijalankan.Ada keterusan yang kita nak ok.AMARAN keras,tangan juga boleh gantikan testpen tetapi abe tak nak bertanggungjawab k..Arus tinggi tau kat sini..

  • Nie saja perkara asas yang sering rosak.Walaubagaimana pun holder juga boleh dijadikan faktor tetapi ia boleh di kesan dengan mata kasar kalau rosak.Kenkawan bley ketat-ketatkan mana-mana terminal holder lampu,holder starter gak kot la dia loosen.Faktor kabel juga kecil berlaku dan kerosakan fizikal dapat dikesan kot la disconnect mahupun terbakar.
  • Jika kenkawan dan tak tau nak buat apa..sebelum beli 1 set baru..cuba tengok terminal neutral lampu guna testpen.Kalu ada api maknanya ada neutral cable yang terputus.Hubungi orang kompetan klik atau tukar je jenis lampu pijar lagi senang
ok selamat mencuba !!

Tiada ulasan:

Follow me !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...