Salam maal hijrah...ungkapan yang jarang kita dengar berbanding "happy new year".Selaku umat islam,kita seharusnya berbangga kerana kalendar hijrah islam juga ada tahun baru.Oh ya,kalau ada yang terleka tahun nie dah 1432H..Sambutan telah diatur,namun tak lah sehebat sambutan kalendar masehi yang berunsurkan hiburan.
Selamat panjang umur kerana kita dapat lagi bernafas di tahun baru ini..
sekarang ingin saya ingat diri saya sendiri dan kepada pembaca sekalian agar kita islam kan sambutan maal hijrah nie..tiru orang barat sambut new year tapi kita wat dengan cara yang di redhai Allah s.w.t
Amacam menarik tak?? kalu malam tahun baru je ramai puak2 kita turun untuk tengok konsert tapi kita beramai2 pi masjid untuk berdoa ahhir dan awal tahun bersama.Hidangan konsert kita gantikan dengan kuliah/ceramah agama.Puak lagi satu tunggu detik 12 mlm utk countdown tapi kita tak payah buang masa,pas je solat isyak..ramai2 kita hisab amalan tahun sudah..haaa banyak dosa ke pahala yang kita kerjakan.memang la soal dosa pahala bukan kije kita tapi kalu dah ke tempat maksiat tu confirm la dosa kan??...kot ada pembaca yang pertikaikan je..Puak lagi satu melafazkan azam tahun baru,pekata kita niat kan dalam hati iltizam kita untuk jadi yang lebih baik.kalu tahun sudah kita derma maksima RM2 pekata azam tahun nie kita up skit walaupun ada kenaikan bahan api hehe..Kita jgn berkira dengan Allah tau!!
Dan yang paling penting,seiring dengan tahun hijrah,mari kita menyeru kepada kenalan kita untuk turut sama berhijrah kearah kebaikan.Tak rugi pun kerana apa yang kita amalkan kita jugak yang kan dapat di sana kelak...insyaallah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan