Rabu, 22 Disember 2010

TIGA TETAMU MISTERI

Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berhampiran. Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengahari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan pintu rumahnya.
Setelah menjawab salam, dia berkata, "Saya tidak dapat menjemput tuan-tuan masuk ke dalam rumah, kerana suami saya tiada. Sudikah tuan-tuan duduk di halaman sementara menunggu suami saya pulang?"
Salah seorang daripada mereka berkata, "Tidak mengapa, biar kami menunggu di luar sahaja."
Sejurus si suami pulang, mereka bersalaman dan para tetamu itu memperkenalkan diri.
"Saya kekayaan," kata lelaki pertama.
"Saya kejayaan," ujar lelaki yg kedua.
"Dan saya kasih sayang," lelaki tua yg akhir berkata.
Si suami menjemput para tetamunya masuk. Namun, yg paling tua antara mereka bersuara, "Hanya seorang sahaja daripada kami yg boleh masuk."
"Jadi kami terpaksa memilih antara kamu bertiga?"
"Ya," jawab mereka serentak.
"Tunggu kami beruding dahulu," pinta tuan rumah.
"Kita pilih kekayaan," cadang si isteri. "Semoga rumah kita dilimpahi kekayaan. Dengan kekayaan kita boleh dapat apa sahaja yg kita dambakan selama ini."
"Tidak," kata si ayah. "Apa kata kita pilih kejayaan? Apabila kita berjaya pasti kita akan dapat harta. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi."
"Ayah, ibu... Saya cadangkan kita pilih kasih sayang," kata si anak. "Biarlah kita hidup seperti hari ini. Hidup sederhana tapi ianya penuh dengan kasih sayang. Saya gembira dan rasa amat bahagia bila ayah dan ibu saling berkasih sayang dan menyayangi saya..."
Kedua suami isteri itu tersentak dengan pandangan si anak yg begitu murni.
"Baiklah, kita akan jemput kasih sayang masuk ke dalam rumah kita," ucap si ayah.
"Tuan-tuan yg dihormati, kami mengambil keputusan untuk menjemput pakcik kasih sayang sebagai tetamu. Kami mohon maaf kerana menolak tuan kejayaann dan kekayaan, kerana itu jua yg tuan-tuan minta."
Maka tetamu kasih sayang masuk ke dalam rumah mereka, namun diiringi oleh kedua-dua yg lain. Tuan rumah terkejut melihat ketiga-tiga mereka masuk ke dalam rumah.
"Eh, maaafkan saya! Bukankah tadi kami hanya memilih kasih sayang?"
"Anakku, jika kau menjemput kasih sayang bererti kau juga mengundang kejayaan dan kekayaan. Sudah menjadi prinsip kami, kami akan pastikan ke mana sahaja kasih sayang pergi, kami akan mendampinginya."
Mendengar yg demikian, lelaki, isteri dan anaknya tersenyum gembira. Alhamdulillah!
Moral : Keluarga yg berkasih sayang mempunyai segala kebaikan. Dengan kasih sayang, kejayaan dan kekayaan akan menyusul. Jika bukan kekayaan harta, mereka akan meraih kekayaan jiwa atau lebih daripada itu mereka akan memperoleh kedua-duanya sekali - kaya harta, kaya jiwa! Allahuakbar!!

Tiada ulasan:

Follow me !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...