Isnin, 22 November 2010

HARUMKAN ORAL & KAWAL OBESITI

buah pelaga...elettaria cardamomum...adalh antara rempah ratus tertua di dunia...juga dikenali kapulaga (indonesia), chhoti elachi (india), ts'ao-k ou (cina), elam (tamil) dan grawahn (thai). buah pelaga sememangnya banyak kegunaannya sejak zaman dahulu kala. orang mesir kuno dikatakan telah mengunyah biji buah pelaga sebagai pencuci gigi. sementara orang greek dan roman menggunakannya sebagai minyak wangi. orang viking pula dipercayai menjumpainya kira-kira seribu tahun lalu di constantinapole, kemudian memperkenalkannya ke scandinavia, tempat di mana buah pelaga kekal popular sehingga kini.
buah pelaga merupakan rempah kedua termahal selepas saffron...
tidak sukar menggunakan buah pelaga terutama dalam membangkitakn rasa masakan. anda boleh menghancurkannya menjadi serbuk atau digunakan biji-biji..untuk menyedapkan rasa, patah-patahkan buah pelaga ke dalam masakan. selalunya digunakan untuk mendapatkan rasa puding dan kek yg lebih sedap. dalam masakan india, buah pelaga turut digunakan sebagai bahan membuat garam masala, tandoori atau ayam vindaloo. masyarakat timur tengah pela mengggunakannya dalam kopi... khasiat ubatan pasti tiada tolok bandingnya daripada buah pelaga... walaupun bijibuah pelaga mempunyai rasa yg pedas apabila dikunyah, tetapi lidah akan terasa dingin setelah mengunyahnya..bau biji buah pelaga yg wangi ini dikatakan mempunyai khasiat yg tinggi sebagai ubat, selain digunakan untuk menambah keenakan masakan atau minuman... bagi mereka yg mempunyai masalah mulut berbau dikatakan dengan mengunyah biji buah pelaga secara perlahan-lahan boleh memberi keharuman pada mulut...selain itu, melalui cara yg sama, biji pelaga dikatakan mampu mengatasi masalah kesukaran bernafas serta mengubati batuk dan gatal-gatal keronkong. juga dapat menghilangkan masalah kesihatan kanak-kanak seperti batuk, kembung perut, mual, radang tekak dan perut memulas.. biji buah pelaga juga dipercayai boleh menghalang penyimpanan gas yg tidak baik dalam badan terutama sekali dalam usus...buah pelaga yg telah ditumbuk halus dan kemudiannya dicampurkan dengan air boleh digunakan untuk merawat lenguh-lenguh badan. melalui cara yg sama juga dikatakan mampu membersihkan buah pinggang dan hempedu. jadi proses pencernaan akan lebih teratur dan selesa...

1 ulasan:

imaeazma berkata...

aby gocok cokmo da...

Follow me !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...