Sabtu, 11 Disember 2010

TIADA INSAN YANG SEMPURNA

Setiap insan adalah makhluk ciptaan Tuhan Yg Maha Kuasa, Maha Esa dan Maha Sempurna..sememangnya ciptaan Allah pasti punya banyak kelemahan dan kekurangan, namun itu bukan alasan untuk kita terus maju..begitu juga untuk meneruskan hidup ini
kisah ini dicerita semula sebagai teladan..adakah kita tahu sejauh mana tahap kesihatan kita? walaupun kita tahu, adakah kita boleh terus membina bahagia bersama zuriat kita..kisah teladan ini terlakon
dlm diari insan di utara tanahair
remaja sekarang terdedah dgn bermacam gejala sosial yg sgt mengerikan..idayu (bkn nama sebenar) mula berkenalan dan zamri (juga bkn nama sebenar) selama 6 bulan..perkenalan disusuli dgn bunga2 cinta, maka berasmaralah mereka..dek iman yg x berapa kukuh mereka akhirnya terjebak dlm hubungan terlarang.
mereka ada menyatakan niat untuk berkahwin kepada keluarga mereka sebelum tercetusnya hbgn terlarang ini..kedua-dua belah pihak memberi tentangan hebat..pihak lelaki tidak berkenan dgn keadaan kesihatan si dara..pihak perempuan pula tidak mahu menyusahkan kelurga si teruna kerana bimbang si dara tidak dapat memberinya zuriat.
8 tahun sebelumnya idayu didiagnosa mempunyai masalah perubatan yg akan membawa komplikasi kepada jantungnya..ibubapa idayu juga dimaklumkan bahawa, sekiranya keadaan sgt stress berlaku dlm tubuh badan idayu, komplikasi tersebut boleh mengancam nyawa, seperti contoh sekiranya idayu mengandung atau mengalami pendarahan teruk..mungkin disebabkan itu, pihak kelurga idayu tidak sampai hati membenarkan idayu meneruskan hubungan dengan zamri
bak kata pepatah, cinta itu buta...disebabkan halangan berliku ditokok pula dgn nafsu muda yg memberontak, hubungan terlarang tercipta jua..aduhai paling mengejutkan, idayu kemudiannya tidak dtg bulan..sudah wujud janin yg akan membesar dlm kandungannya..
idayu pandai menyimpan rahsia. keluarganya langsung tidak dapat mengesan perubahan fizikal idayu..malah zamri juga cuba membantu idayu untuk menggugurkan kandungan tersebut walaupun dalam masa yg sama mereka sebenarnya sayang akan kandungan yg tak diduga itu. kebiasaannya, janin yg terbentuk hasil dari hubungan terlarang akan dipanjangkan usia kandungannya tanpa jejas..lihat sahaja kebanyakan kes hamil kuar nikah bersalin seorang diri tanpa bantuan bidan, betulkan? itulah kuasa Yg Maha Kuasa.
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..kandungan yg semakin membesar tidak dapat disembunyi lagi. mahu tidak mahu, terpaksa juga idayu datang ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan lanjut. keluarga si lelaki akhirnya bersetuju untuk mengahwinkan zamri dan idayu dalam masa terdekat.
namun setelah beberapa hari, idayu dimasukkan ke wad memandangkan keadaan kesihatannya yg mungkin mengancam nyawa..belum sempat sehari berada di wad idayu mula rasa sakit mau bersalin. apa yg membimbangkan, idayu mengalami sesak nafas yg teruk. untuk menyelamatkan nyawa kedua-dua ibu dan anak, idayu terpaksa menjalani pembedahan.
syukur bayi yg dilahirkan sihat, tetapi keadaan idayu masih tidak sedarkan diri dan dirawat di unit rawatan rapi. idayu terpaksa bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan disebabkan komplikasi jantungnya makin parah..setelah sepuluh hari di i.c.u idayu menghembuskan nafas terakhir dgn matanya tidak tertutup rapat. kata org tua-tua keadaan begitu terjadi apabila hajat si mati tidak dipenuhi atau tidak sempat ditunaikan.
syukur juga bayi yg dilahirkan disambut elok dan tidak tergolong dlm kes buang bayi tetapi apakan daya, kasih ibu dan bapa x dapat didamba...jadi para remaja sekalian, berwaspadalah dalam pergaulan. biar tindakan kita ada batasan. biar kita mampu berfikir panjang. jangan biarkan diri menjadi perosak bangsa dan agama.
ini satu kisah yg melibatkan individu yg memang keadaan kesihatannya bermasalah tapi adakah kita yg normal dan sihat walafiat yakin akan terus sihat?? ingatlah, apa saja yg kita punya di dunia hanyalah pinjamann semata-mata. apabila tarikh pinjamannnya sudah tamat, kita terpaksa melepaskannya kepada yg lebih berhak

1 ulasan:

sweetheart berkata...

boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang, bertambah sayang...

Follow me !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...