“Apa pandangan awak tentang para remaja kita yg terlanjur?”
“Apa maksud terlanjur?” saya menyoalnya kembali.
“Terlanjur melakukan hubungan seks yg haram,” balasnya terus terang.
“Bagi saya istilah terlanjur itu tidak tepat.”
“Apa istilah lebih tepat?”
Lelaki itu mencebik. “Kasar sangat bunyinya tu. Nanti remaja yg terlanjur takut.”
“Mereka tidak akan takut. Mereka berani. Sebab beranilah mereka berzina.”
“Lagi-lagi awak gunakan istilah zina. Kasar sangat bunyinya tu.”
“Itu istilah yg tepat. Itu istilah Al-Quran. Jika digunakan ada impak kepada pendengarnya. Kita teringat Allah, al-Quran, iman dan Islam.”
Dia diam, tetapi riak mukanya jelas seakan
tidak bersetuju.“Saya rasa istilah terlanjur itu yg tidak tepat,” saya pula yg menerjahnya.
“Eh, kenapa? Memang mereka terlanjur. Mereka tidak tahu akibat perbuatan mereka.”
Saya tersenyum. Lucu. Kenyataan yg separa logic.
“Zina tidak berlaku tiba-tiba. Ia didahului dengan mukaddimah-mukaddimahnya,” balas saya.
“Zina pun ada mukaddimah?”
“Itulah perkara-perkara atau perbuatan-perbuatan yg boleh membawa kepada zina. Zina adalah hasil daripada satu proses yg berlaku satu demi satu. Tingkat demi tingkat.”
“Cakap awak berbelit-belit!”
“Saya hanya menerangkan apa yg telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w,” jawab saya.
“Kita jangan libatkan agama. Ini masalah social,” katanya terus terang.
“Kita orang Islam. Islam itu cara hidup. Dan Nabi s.a.w adalah teladan ikutan kita.”
“Baik, baik. Teruskan...”
“Antara mukaddimah zina ialah, pandangan mata, kata-kata, sentuhan tangan, deria bau melalui hidung dan akhir sekali barulah melibatkan kemaluan.”
“Ok. Apa maksud awak?”
Saya renung matanya. Dia bukan orang awam biasa. Dia seorang intelektual yg sering membentangkan kertas kerja tentang masalah social remaja di seminar-seminar di IPT.
“Zina dimulakan dgn pandangan. Pandangan mata sangat mempengaruhi hati. Apabila pendedahan aurat berleluasa, remaja sukar menjaga mata. Apabila ada yg mendedahkan, ramai pula yg melihatnya dan dari situ timbullah ransangan...”
“Habis awak nak semua wanita tutup aurat? Mustahil!” balasnya.
“Ya, saya akui agak sukar. Tetapi itu tidak mustahil. Bukankah ini ajaran Islam? Islam itu ajaran yg praktikal dan sesuai untuk semua zaman dan keadaan. Remaja perempuan tutup aurat. Remja lelaki tundukkan pandangan. Jadi, satu proses ke arah zina telah diatasi. Ini yg dilakukan oleh generasi sahabat, tabiin dan salafussoleh dahulu.”
“Itu dulu. Sekarang langit sudah terbuka!”
“Bukan masalah langit terbuka atau tidak. Tetapi yg lebih penting hati kita mesti terbuka untuk menerima panduan Islam kerana kita orang yg mengaku beriman kepada Allah dan hari akhirat.”
“Lagi-lagi akhirat. Sekarang kita bercakap soal dunia. Masalah dunia. Kita di dunia belum lagi di sana.”
Tanpa sedar terasa seakan-akan hendak saya gelengkan kepala.
“Tuan, keyakinan kepada hari akhirat sangat penting ketika kita masih hidup di dunia,” tegas saya.
“Fasal apa pula?”
“Sebab orang yg yakin kepada hari akhirat akan mengatur hidupnya dengan keyakinan bahawa setiap perbuatannya akan diberi pembalasan di akhirat. Ada pahala, ada dosa. Ada syurga, ada neraka. Itulah kawalan dalam dirinya untuk tidak melakukan kejahatan sama ada di hadapan atau di belakang orang!”
“Kembali kepada topic asallah. Saya tidak suka meleret-leret,” pintasnya agak kasar.
“Zina sentuhan pula ialah pergaulan bebas. Apabila dipandang, tergerak pula untuk menyentuh. Islam menyekat pergaulan bebas lelaki wanita. Tidak boleh bergaul sesuka hati apatah lagi sampai ke peringkat berdua-duaan tanpa mahram.”
Belum sempat dia menyampuk saya menambah, “Tetapi pergaulan bebas inilah yg terus digalakkan, dipromosikan dan dijadikan budaya dalam masyarakat kita.”
“Awak nak sekat interaksi dan komunikasi antara wanita dan lelaki? Mustahil!”
“Interaksi yg bagaimana? Komunikasi yg bagaimana? Dalam Islam cukup jelas bagaimana wanita dan lelaki boleh berinteraksi. Dalam pendidikan, perniagaan, perundangan dan lain-lain. Pergaulan tidak disekat, tetapi dikawal. Islam bukan anti pergaulan atau anti sosial, tetapi menyekat pergaulan bebas tanpa batas yg menjurus kepada perlakua seks bebas kerana adanya pandangan liar dan sentuhan di luar batas!”
“Bagaimana awak nak capai semua tu? Itu satu utopia.”
“Bukan satu utopia kalau kita mulakan. Di peringkat keluarga kita cuba didik, kawal anak-anak kita. Di sekolah peranan guru-guru pula. Di IPT tentulah orang semacam awak, para pensyarah. Dalam media massa cetak dan elektronik tentulah pihak berkuasa yg memainkan peranan.”
“Habis awak ingat semua pihak dah tak berperanan?”
“Saya bimbang...Dalam keadaan kita menjerit, melolong dan memekik tentang masalah buang bayi, tetapi budaya ‘mukaddimah zina’ terus dipromosikan. Lihat saja di media massa kita, kekadang di sebelah cerita buang bayi, ada gambar wanita mendedahkan aurat. Iklan bagi apa-apa jua produk, gambar bergaul bebas dan eksploitasi tubuh wanita itulah yg ditonjolkan juga.”
“Itukan ada nilai komersial?”
“Saya kasihankan remaja masa kini. Mereka hidup di tengah-tengah peluang untuk melakukan zina yg begitu besar dan luas sekali. Jalan ke arah zina diperluas. Tetapi jalan ke arah pernikahan halal disempitkan dgn pelbagai syarat dan adat yg tidak relevan.”
“Kita perlu realistic. Kita perlukan kekuatan ekonomi yg ampuh dan kukuh.”
“Dan untuk itu kita perlu membayarnya dgn mengorbankan maruah dan iman anak-anak remaja kita?”
“Sejak tadi saya bercakap macam mana kita nak atasi masalah buang bayi. Itu sahaja. Tetapi awak yg melencong bercakap tentang zina...”
“Tuan, masalah buang bayi ini produk kepada masalah zina. Anak yg dibuang itu hasil zina. Cegah zina, selesailah masalah buang bayi. Dan nak cegah zina perlu dicegah dulu mukaddimah-mukaddimah zina. Ini bukan pendapat saya, tetapi ini ditegaskan oleh Allah dalam al-Quran apabila Allah memberi amaran dan peringatan, ‘jangan kamu hampiri zina!”
“Awak dah mula emosional.”
“Jika saya salah kerana beremosi, tuan juga salah kerana tidak beremosi. Membenci kemungkaran adalah soal perasaan. Ini soal hati. Ini berkait dengan iman. Tidak ada iman bagi mereka yg melihat kemungkaran tanpa rasa benci!”
“Islam menyuruh kita membenci?”
“Benci kepada kemungkaran bukan kepada yg melakukannya! Kepada yg melakukannya kita perlu berdakwah, memberi didikan, memberi alternative dgn penuh kasih sayang dan hikmah.”
“Kalau iman kita kuat, apa sahaja pengaruh luaran tidak mempengaruhi dalaman kita. Kita ada sistem penapis dalaman atau self-censorship.”
“Soalnya, betulkah iman kita kuat? Betulkah iman remaja kita kuat? Dan, betulkah orang yg mempunyai iman yg kuat tidak perlukan kawalan dan peraturan? Sekuat-kuat iman pun masih perlukan syariat. Bahkan mematuhi syariat itulah bukti orang beriman.”
"Apa maksud awak?"
"Maksud saya, benarkah iman kita kuat? mana program yg membina iman? Memang ada sedikit, tetapi ditenggelamkan oleh program hedonism yg berlambak-lambak. Iman itu ada bajanya, ada racunnya. Kalau kita menabur racun manakan tumbuh pohonnya, apatah lagi buahnya. Bahkan benihnya yg sedia ada pun boleh mati."
"Banyak sangat perlambangan!"
"Dan orang yg kuat iman sekalipun masih diwajibkan mematuhi syariat atau peraturan Islam. Rasulullah s.a.w, manusia yg paling kuat iman, namun semasa menerima bai'ah daripada kaum wanita Baginda sendiri tidak bersalaman dgn mereka. Isteri-isteri Rasulullah kuat iman, tetapi mereka tetap menutup aurat dan sangat menjaga pergaulan mereka sekalipun dgn sahabat-sahabat Rasulullah yg juga kuat imannya."
"Itu sejarah."
"Bukan. Itu bukan hanya sejarah. Sejarah itu adalah ibrah untuk dikaitkan dgn masa kini dan dijadikan teladan."
"Awak sindir saya?"
Tanpa memberi respon pada provokasinya saya meneruskan, "Saya masih ingat, dgn akal fikiranlah dulu ada idea yg menyarankan kita agar tidak menutup pintu langit. Jangan sekat akses itu dalam internet. Cukup dgn iman masing-masing untuk menapis pornografi. Tetapi sekarang ada idea yg menyarankan perlu disekat akses internet yg berunsur pornografi. Masalah manusia moden bukan tak pandai...tetapi memandai-mandai."
"Apa pandangan awak tentang sekolah remaja hamil?" tiba-tiba dia pula yg mengalih tajik perbualan.
"Baguslah. Tetapi saya tidak berminat membuang sampah di hilir atau muara sungai sedangkan ada pihak yg terus membuang sampah di hulunya!"
"Maksud awak?"
"Remaja hamil anak zina perlu dilindungi dan dididik. Tetapi remaja yg belum hamil dan belum dinodai lebih ramai lagi di luar sana. Ramai yg bakal menjadi mangsa jika sikap dan budaya 'mukaddimah zina' terus disuburkan. Apa gunanya kalau kita hanya mengubat, jika puncanya terus dibiarkan?"
Lihatlah betapa ramainya umat Islam yg tidak memahami, menghayati, mengamalkan serta memperjuangkan agamanya. Padahal ajaran Islam itu berkait antara satu sama lain.
Langit sejak dulu telah terbuka dgn turunnya wahyu. Tetapi hati kitalah yg tertutup untuk menerima cahayanya. Apa gunanya langih terbuka, jika mata hati tertutup? Hasilnya, hati dan diri kita tetap gelap dalam limpahan cahaya!
(dipetik dari Solusi23/imam global)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan