Rabu, 8 Disember 2010

CARI PASAL DENGAN MERTUA

Kerap kali kita dengar permasalahan suami isteri dengan mertua.Walaupun sekarang ini amalan tinggal serumah dengan mertua sudah menjadi amalan biasa dikalangan kita.Lebih2 lagi bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga.Faktor penjimatan belanja paling banyak yang berlaku.Tak kurang juga mertua sendiri yang mempelawa tinggal bersama.Ini menyebabkan pasangan terpaksa mengadap mertua masing2 setiap hari.Maka lama kelamaan timbul konflik yang bakal membarah jika tidak ditangani dengan betul.
Baiklah...interaksi sebenarnya memainkan peranan penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan.Harus kita jangan menafikan bahawa pasangan kita adalah lahir dari sosialisasi mertua kita kan?? Cuba kita berfikiran positif,mertua sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam kehidupan berumahtangga anak menantu nya(jgn jd hantu ok!! ) Ini terbukti dimana mertua adalah orang yang telah makan asam garam berumahtangga berbanding kita dan kita sewajarnya menghormati mereka sebaiknya.Kita boleh menjadikan pengalaman mereka sebagai panduan hidup yang berguna.Dari sini lah kita dapat merumuskan halatuju rumahtangga kita agar selari dengan normal kebahgian berumahtangga,aman sentosa dan dikurniakan zuriat yang berkualiti tinggi.
Fenomena dunia hari ini melihatkan penglibatan para isteri secara aktif dalam aktiviti pekerjaan.Timbul pula masalah kesukaran mendapatkan pengasuh yang boleh dipercayai untuk mendidik anak2(indon pun ada tapi perlu kaji dulu lah..)Bukan kita meletakkan harapan mahupun title bibik kepada mertua kita tetapi alternatif terbaik dapat diterima sekiranya kita mengamalkan perhubungan yang harmonis dengan mertua.Bantuan terbaik dari mertua dalam menjaga anak2 kita a.k.a cucu merka gak akan mewujudkan zon selamat kepada anak2 kita.Secara tidak langsung bebanan kewangan pasangan berpendapatan rendah dapat dimanfaatkan dengan bantuan mertua meskipun tanpa diminta.
Disebalik penerimaan positif mertua kepada menantunya,timbul pula permasalahan dimana mertua memang dari awal lagi tidak sukakan menantunya.Mungkin kerana terpaksa saja...Malah faktor ini menjadi antara punca keretakan rumahtangga anak menatu mereka.Tidak dinafikan ada segelintir mertua yang suka mencampuri urusan dalaman anak menatu mereka malah cerewat dalam segala hal memang merimaskan.Jangan terkejut kiranya ada sampai pasangan bercerai berai dek campurtangan mertua ni.
Dalam beberapa keadaan,kebergantungan anak tersebut bersifat dua arah.Maksudnya anak bersifat sense or self dari orang tuanya(kerana kewujudan anak disisi membuatkan mertua rasa dihargai)sehingga berperanan menetukan perjalanan anak walhal sudah berumahtangga.Sikap kebergantunggan ini lama kelamaan membunuh keyakinan si anak dalam hidup untuk berdikiri bersama pasangannya.Sikap mertua sebegini bersifat over protective dan terlalu dominan sehingga wujud perasaan kurang percaya dalam diri anak-anak boleh merencatkan perhubungan suami isteri.Sikap mertua sebegini lambat laun boleh mengakibatkan perceraian dikalangan anak dan menantu sendiri.Persoalannya bagaimana menangani konflik dengan mertua ni??
Pada dasarnya penyelesaian antara mertua dan menatu seharusnya diselesai sendiri tanpa bantuan orang lain yang lebih merumitkan keadaan.Berikut adalah saranan bagi menyelesaikannya.Cubalah kita berdamai dengan diri kita terlebih dahulu.Dengan kata lain,wujudkan ketenangan dalaman terlebih dahulu dengan menjalinkan hubungan dengan Allah s.w.t. Buangkan perangsaka buruk terhadap mertua.Ingatlah bahawa tiada manusia yang sempurna.Ubahlah pola pemikiran kita dengan mengatakan "Change your thought and you will change your world" Hal ini bekait rapat dengan ungkapan pasangan lain yang mengatakan mertua memang tak boleh di buat baik.Dilarang tinggal bersama mereka dan pelbagai mitos negatif disajikan dalam masyarakat kita.
Mulai dengan kepercayaan bahawa setiap rumahtangga yang di bina mempunyai budaya tersendiri.Latar belakang dan sosio budaya keluarga memang berlainan dipengaruhi keadaan persekitaran tempat dibesarkan dan pengalaman silam.Kepelbagaian sifat boleh menjadikan suasana didikan berlaianan dari yang kita terima.
Perkahwinan bererti kita di akadnikah menjadi halal.Bukan sekadar kita nikah dengan pasangan kita tetapi melibat kaum keluarga juga.Bukankah kita patut mengiktiraf mertua kita setaraf ibubapa kita yang patut kita sayangi dan di hormati selayaknya.Cubalah mengalah dengan mertua kerana setiap yang mertua tegur tentu akan membawa kepada kebaikan kita juga.Terimalah sikap mertua kita seadanya.
Sesungguhnya mertua adalah orang yang berjasa kepada kita.Dia jua lah yang melahirkan dan mendidik erti kasih sayang sebelum kita dapat memilikinya.Binalah perhubungan yang baik dengan mereka selagi hayat mereka dikandung badan.Jangan lah berlaku jurang yang boleh merosakan perhubungan mertua dengan anaknya.Jangan lah membalas sakit hati kita kepada mereka.Ini penting kerana perhubungan yang baik mencerminkan peribadi yang baik diri kita dan menentukan emosi anak2 kita dalam mencontohi teladan yang baik telah kita tunjukkan.Percayalah,rasa hormat kepada mertua menjadikan mertua rasa diperlukan dan kehadiran meraka dalam rumahtangga kita pasti mendapat keberkatan dari Allah s.w.t

Tiada ulasan:

Follow me !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...